Rabu, 15 Ogos 2007

Fadhilat Syaaban


Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang
penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya
bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan
Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada
bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara
amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan
puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW.
lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan
bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda
mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan
bulan Syaaban ini. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis
yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa
berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban
dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala
seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada
Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka
dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat
kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan
bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari
perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan
menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."
(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al
Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki
niatmu."

Tiada ulasan: