Rabu, 24 September 2008

YA Allah.....

alhamdulillah....akhirnya pengajian ku di UIN selesai setelah aku membuat pembentangan tesis yang terakhir pada 3hb sept dan alhamdulillah Allah permudahkan urusan ku dan sahabt-sahabat ku...dalam kepenatan aku present tesis, aku cuba siapkan perbaikan tesis untuk dapatkan tanda tangan pensyarah bagi melayakkan aku serta konvo pada bulan 10...alhamdulillah aku berhasil.sebenarnya nak wat tesis taklah susah mana.bila kira-kira balik selama 3 bulan sebelum aku bentang tesis aku tumpu dan aku buat target aku sendiri dan atas pertolongan dan keyakinan aku pada Allah..Aku berhasil....

7hb, aku balik ke malaysia dengan hati yang cukup lega dengan melepaskan hela kerana aku berjaya menamatkan pengajian di UIN. cukup 2 tahun di Jakarta, macam-macam pengalaman suka, duka, sedih, gembira, susah dan senang aku tempuh....siapa yang kuat dan tak mohon doa mungkin sukar nak hadapi....mak, acik dan kak cik jemput aku di lcct. seperti biasa aku balik dengan sahabat baik ku, kak ct. rasa sayu setelah 2 tahun barsama hari tu, kami membawa haluan masing...selepas ni, dia kena bersedia menghadapi zaman rumahtangganya...ntahlah moga dia berbahagia. cuma terkilan besar di hati, kerana tak konvo sama. ya, mungkin tak selama bersama.....tulah hakikatnya bulan 10 ni aku tak bersamanya. dia konvo bulan 1 ke sana bersama suaminya.....alhamdulillah....

banyak lagi tanggungjawab yang harus aku hadapi. sampai di rumah ayah memang tak sihat. batuk-batuk..mungkin perubahan cuaca. mak puas suruh ayah g hospital tapi ayah tak nak katanya tunggu aku balik...10 sept ayah benar-benar lemah. akhirnya ayah setuju untuk ke hospital. kata ayah comform masuk hospital...sampai hospital, ayah terus minta ke bahagian kecemasan. aku tak biasa juga teman ayah kalau baru nak cek sakit. kelam kabut juga. setelah satu hari, Dr sahkan yang ayah ada serangan jantung. akhirnya ayah kena dok wat ccu. kali pertama aku yang uruskan ayah....Dr kata jantung ayah bengkak tu sebab batuk-batuk. ni kes lama lah ni...sakit ayah yang lama.Dr bgtau aku yang ayah cukup-cukup lemah. ayah, memang macam tu. nmpak kuat tapi pe yang dia tanggung dia sorok...setelah seminggu aku berulang-alik ke hospital....Dr benarkan ayah keluar kerana kes ayah kena rujuk ke IJN....kan dah kata kes lama. sekarang hanya bertahan di rumah dengan kawal makan minum ayah...Ya Allah...berikan kesihatan pada ayah...

master?ada niat dihati nak sambung master. dah survey pun nak masuk u mana. yang bestnya mak cakap ateh suh sambung dia nak support..moga Allah izinkan.melihat keadaan mak dan ayah rasa nak keje dulu. tapi keje apa? bila tgk kawan nak kawin teringin nak kawin...bila dengar nasihat abg nak juga sambung master...tapi?siapa nak tanggung.harapkan ateh.dia pun kena tanggung mak, ayah dan keluarga dia. sesekali memikir nak keje jauh luar dari melaka. tapi apakan daya aku masih ada tanggungjawab ngan mak ayah. mak pun cakap kalau nak keje, keje dekat-dekat ngan umah je....sian pulak nak tinggal mak ayah...

raya tahun ni...maklumlah dah 2 tahun raya kat jakarta.bestnya, wah belum raya dah kata best. bukan best apa, mak janji nak belikan oven. kata mak dah bertahun tak de orang buat kuih raya kat umah ni ha..setakat hari ini aku dah buat 7 jenis kuih raya. resepi cari kat internetlah....dulu ada buku, bila aku tak de orang lain pinjam..tak tau orang tu dah bg balik ke belum....pening juga nak cari resepi balik. rasa macam orang baru belajar..tapi tu semua tak menjadi beban.katanya minat..ye tak...beraya sakanlah aku tahun ni...apa kata orang, biar papa asal bergaya.tapi aku tak le papa...belum punya duit sendiri je...heheh..

oklah....tak tau nak share kat siapa..mana tau ada yang bagi semangat atau komentar tentang apa yang aku tulis....

selamat menyambut hari raya
aku....insan yang mencari iman....

Tiada ulasan: