Khamis, 8 Mei 2008

kepada semua pegunjung-pengunjung blog ni...

assalamualaikum...
setiap hari kita harus sayangi ibu, hormati ibu dan segalanya ibu. sempena hari ibu pada 11 Mei ni..sama-samalah kita mengenang perit jerih ibu dan juga bapa. tanpa mereka siapalah kita di bumi Allah ini. dan hargailah segala pengorbanan mereka dari kita lahir hingga sekarang. segala posting tadi untuk bacaan bersama. moga maanfaat kepada semua pengunjung......

kepada yang akan begelar ibu, mak, mama, umi dan segala macam panggilan yang ada selamat hari ibu. sesungguhnya pengorbananmu amat dihargai..

kepada mak ( hajah mariah ahmad) yang tersayang, segala yang berlaku adalah ujian dari Allah. teruslah tabah dan penuh semangat dalam hadapi semua ni. Ani doakan mak tetap sabar ye mak. ani tau pe jua yang berlaku dan jangan salahkan diri kerana ni semua kehendak Allah....biarlah Allah yang tentukan dan semoga Allah terus melindungi mak...

doakan anakanda mu ini, moga terus tabah dan kuat dalam menghadapi semua dugaan ini. doakan ani dipermudahkan segala urusan dan dapat menkecapi kejayaan yang dinantikan tak lupa juga doakan ani dapat calon suami yang boleh membimbing ani dan menjaga dan mengambil berat tentang mak ayah dan keluarga kita..tu semua harapan dan azam yang ada. dan terima kasih jaga makan minum ani untuk menurunkan berat badan...akan ani teruskan usaha ini...insya Allah....

mak, ani sayang mak.....
with luv,
Nor azwani Osman...

Tiada ulasan: