kepada sshabat-sahabat blogger....erm...masih ada 3 subjek lagi..tapi ku cuba mencari peluang untuk menulis di sini...
alhamdulillah dengan beberapa subjek yang dah lepas ternyata aku rasa takut...tapi aku berserah kerana Allah ada dan Allah yang Maha mengetahui. Semoga Allah memberi kejayaan kepada ku dan sahabat-sahabat ku amin....
belum sempat nak tanya khabar ngan kawan-kawan di mesir, yaman dan jambi...ujian demi ujian aku tempuh. moga ada hikmah disebaliknya....esok ateh datang..rindu kat abg ku sorang tu...yelah, boleh dikatakan paling rapat...bestnya. tak sabar rasanya. hehehe.
semalam aku sedih, tiba-tiba aku rasa tak de semangat nak baca buku. apalah daya sebagai hambaNya, kadang-kadang iman bertambah dan berkurang. ku cuba kuatkan hati semoga kekuatan ini terus bertahan..Ya Allah, hanya engkau yang maha mengetahui isi hatiku..
Ya Allah, permudahkan urusan kedua ibu bapaku, saudara-saudaraku, guru-guruku, sahabat-sahabat perjuangan ku tak kira yang berada di mana pun. semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat...
selepas 3 subjek ni, bolehlah ku rehat sikit dan tumpu ke tesis ku dan seterusnya insyaallah konvo....dan pulang..aku ingin membina hidupku selepas di sini. jaga mak ayah, bekerja dan andai ada rezeki nak sambung master..insya allah...
oklah...nak balik lah. nak kumpul apa-apa yang patut..bitaufq wannajah....
Isnin, 14 Januari 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan