Khamis, 31 Januari 2008

dah masuk bulan february....

Ya Allah, cepat betul masa berlalu. dah masuk bulan 2. masa berlalu umur makin bertambah. semoga amal kebaikan ku akan dapat ku tambah lagi.
sebenarnya aku tak bercadang untuk masuk ke cc. tapi tadi dekat kosan semua kawan2 ku masih tidur. jadi untuk mengelakkan dari diri tertidur juga, ku keluar ke cc. sekarang masih dalam suasana hujan. sesuai sangat untuk masa tidur... tidur, tidur dan tidur penatnya...
dah lama dah aku tak menulis dalam blog ni. mungkin mencari masa atau mood atau cerita yang menarik. selalunya cuti semester macam ni, aku dah ada kat rumah. tapi memandangkan aku ada prktikal bulan mac, jadi aku buat keputusan untuk buat tesis aku sikit-sikit. tapi sampai hari ini, aku belum ada kekuatan untuk memulakan bab II tesis aku. sebenarnya, kalu ada kemahuan pasti ada jalan, aku cuba untuk memulakan, bila mau mulai pasti ada halangan atau dugaan. tapi aku berjanji, aku cuba sedaya untuk menyiapkan sebelum pensyarah aku balik ke sini..
alhamdulillah, kak ct pun dapat pensyarah pembimbing sama ngan aku. mungkin ada hikmah yang Allah nak tunjuk atas ucapan yang aku ucap. sebelum ni aku pernah cakap pada kak ct, :"kak, senang-senang akak minta pensyarah bimbingan ngan saya, senang kita jumpa sekali ngan bpk tu." hakikatnya itu sekadar ucapan gurauan. tapi selepas seminggu kak ct buat urusan untuk dapatkan pensyarah bimbingan, akhirnya kak ct dapat pensyarah sama dengan aku. aku terharu dengan semua itu. mungkin suatu kebetulan tapi dalam sisipan hati ku, ku betul-betul terharu...Ya Allah, moga ada jalan untuk kami semua sebagai gelaran Sarjana Hukum Islam di UIN ini....amin...

Tiada ulasan: