Sabtu, 1 Disember 2007

Puisi ucapan Ustaz Hj. Akil - PERINGATAN UTK SEMUA!:

Di dalam hidup manusia, yang penting
ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat,
diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat,
rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,
masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara
kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi
hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan
menjadi pesat.


TETAPI AWAS, apabila pembangunan
meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik
bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat
maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam
kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila
manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat
ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat,
orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya
cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat,
tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak
muda pakai seluar ketat.
Semua nak
tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya
unsur kurafat.
Tapi hidup pula
yang melarat.
Tali kasut dah
tak berikat.
Rambut pun
jarang sikat.

Yang perempuan,
pakai mini sekerat.
Suka pakai
baju ketat.
Suka sangat
menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan
lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang
singkat-singkat.
Kadang-kadang
ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa
lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat,
bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh
berkirim surat.
Bila berjumpa,
tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan
peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik
sampai tersekat-sekat.
Usah peduli
agama dan adat.
Usah takut Allah
dan malaikat.
Yang penting apa
kita nak buat?
Kita 'bukti' lah
kita buat.
Akhirnya perut kempis
dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah
jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang
tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam
tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU,
IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis
manusia dah masuk jerat.
Habis manusia
telah tersesat.
Inilah dia
fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku
dan para sahabat,
Marilah kita
pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini
makin singkat,
Esok atau lusa
mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua
akan berangkat! .
Berangkat menuju ke
negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya
apa yang kita buat.
Masa tu, sindri
mau ingat.

Umur mu banyak mana mu
buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang
telah mu buat...?
Harta benda anta, dari
mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah
anta manafaat...?

Semoga ianya dapat
mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan
memperbanyakkan ibadat..

Tiada ulasan: