Rabu, 12 Disember 2007

Lelaki Idaman....(~_^)

oleh sebab exam dah nak mula...Jadi mari berehat seketika
dengan bacaan santai ini.

selalunye,kita asyik baca mengenai
wanita idaman lelaki sahaja.kali ini,
kita baca yang sebaliknya
pula.InshaAllah

lelaki idaman muslimah

Biarlah dia seorang yang buta,Kerana
matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan laghah.
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi

Asalkan kedua matanya terang dalam
memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat
kesengsaraan umat Islam di Palestin,
Bosnia, Ambon dan seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu Bisu dari
pujuk rayu yang bisa mengoncang
keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang
bisa meracun fikiran Bisu dari
perkataan
yang bisa mengundang kekufuran

Asalkan bibirnya sentiasa basah
mengingati Tuhan Asalkan lidahnya tidak
pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang
kemungkaran
dan dia lantang menyuarakan kebenaran

Biarlah dia seorang yang bakhil Bakhil
dalam memberi senyuman pada wanita yang
bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan
masa untuk membuat temujanji dengan
wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang
ringgitnya kerana seorang wanita yang
tidak sepatutnya

Tetapi dia begitu pemurah meluangkan
masanya untuk beribadah dengan
Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan
aqidahnya Pemurah dalam memberikan
nasihat dan teguran Sehingga dia
sanggup
menggadaikan hartanya bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah Kembali
megah di muka dunia

Biarlah dia seorang yang papa,Papa
dalam
melakukan perkara maksiat,Papa dalam
ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan
tidak
bermanfaat,Papa memiliki akhlaq
mazmumah

Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai
ilmu pengetahuan,Dia begitu kaya
memiliki ketinggian akhlaq dan budi
pekerti yang mulia,Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi
kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam
impian untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah.

Sebenarnya banyak lagi ciri2 yang
lain,apa pun,berusahalah untuk jadi
yang
terbaik agar layak untuk juga mendapat
yang terbaik.Wallahua'lam.

Tiada ulasan: