KITA sering mendengar istilah cinta.
Malah, kita pun banyak kali bercinta.
Cinta ada kuasa dan kuasa atau
kekuatan cinta sebenarnya bukan
sekadar yang dilihat dalam filem,
tetapi cinta mesti dihayati dan
memerlukan pengorbanan.
Jika kita bercerita mengenai cinta,
kita perlu ada satu persamaan. Ibarat
memutar satu lagu di radio, lagu yang
diputar biarlah melalui frekuensi yang
betul. Maknanya “get the same channel.”
Gelombang yang betul baru dapat
mendengar suara yang betul. Jadi,
cinta sejati ialah cinta yang “online”
(berhubu ng langsung) antara sebut dan
buat.
Apabila memperkatakan cinta, perlu ada
kejujuran dan pengorbanan. Cinta ialah
memberi dan bukannya mendapat.
Cin ta bukannya “apa yang saya dapat
dari awak” tetapi cinta ialah “apa
yang saya boleh lakukan untuk awak.”
Jika mahu orang mencintai kita,
kitalah mesti mencintai orang itu
terlebih dulu.
Apa itu cinta? Cinta jika diperhatikan
pada perkataan Inggeris “love” membawa
makna “loyal to the principal” iaitu
orang bercinta mesti ada ciri ketaatan
pada prinsip.
Jika seorang pekerja yang cinta pada
syarikat, mesti ikut prinsip syarikat,
jangan langgar peraturan, barulah
dinamakan cinta.
Cinta pada keluarga, tunai
tanggungjaw ab pada keluarga. Orang
tidak akan menggadai maruah negara
dengan rasuah dan pelbagai penipuan
jika betul cinta pada negara.
“O” maknanya “obey hot feeling” iaitu
buat tanpa berbelah bahagi. Dalam
Islam menganjurkan kepatuhan “kami
dengar dan kami taat.” Taat bukan saja
di akal tetapi di hati yang paling
dalam.
“V” ialah “victory”. Orang bercinta
mesti memenangkan orang yang dicintai.
Jika cinta pada negara, menangkan
negara, cinta pada keluarga utamakan
keluarga , cinta pada syarikat utamakan
syarikat dan cinta pada agama utamakan
Allah.
Orang suka pada jenama. Pakaian
berjenama , kasut berjenama, sehingga
sanggup bayar harga yang mahal untuk
jenama berkenaan.
Ji ka cinta pada Allah biarlah
berorient asikan Allah. Maknanya
utamakan Allah. Jika makan cari yang
halal, jika berpakaian biar menutup
aurat. Tetapi kadang-kadang kasut
berjenama tetapi solat tidak berjenama.
“E ” ialah “enlightment” iaitu sejajar.
Jadi, jika orang bercinta biarlah
sejajar sehingga tidak boleh
dipisahkan lagi. Itu namanya sehati
sejiwa.
Kita bersama dengan yang dicintai,
tidak boleh dipisahkan lagi seperti
air kopi, sebati tidak boleh
dipisahkan antara air, gula dan kopi,
sebab sudah sebati.
Begit u juga air yang masin. Air dan
garam tidak boleh dipisahkan. Jadi,
cinta pada Allah juga biarlah sebati
dengan jiwa, darah dan daging. Begitu
juga cinta pada al-Quran, negara,
kerjaya dan keluarga kena sebati.
Jika kita ingati, ketika Aisyah r.a
ditanya orang mengenai perangai
Rasulull ah s.a.w, jawab Aisyah
perangai Rasulullah ialah al-Quran.
Maksudn ya Rasulullah dan al-Quran
tidak boleh dipisahkan.
B ilal bin Rabah apabila ditindih
dengan batu besar atas dirinya,
kalimah “ahad-ahad” (esa) yang keluar
daripada mulutnya ialah lambang cinta
pada Allah.
Sabtu, 24 November 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan