Ahad, 21 Oktober 2007

selamat hari raya mak dan ayah...


Kali ni adalah hari raya kali ke-2 di sini. Terasa kerinduan yang mendalam kepada mak dan ayah yealah berangan boleh beraya sekali di kampung tapi segalanya hanya merancang, Allah jua penentunya..

kat rumah, mak menjalani suatu dugaan yang kali ni betul-betul hebat. Mak seorang yang cukup-cukup tabah atas kehendak Allah. Mak selalu cakap dia tetap berdoa moga dipermudah segala urusan. Amin...

Raya tahun ni tak seteruk tahun lepas. Gema takbir tahun ni seolah-olah ada di Malaysia dengan suasana membuat ketupat, rendang dan lain-lain lagi. Tu semua sebagai melupakan sebentar suasana Malaysia yang benar-benar kami rindukan..

Linangan air mata, rintihan untuk pulang Malaysia akhirnya hilang dengan kesibukan menyediakan makanan hari raya..ni semua mengajar kami erti hidup di tempat orang. Terkenang kami ini insan beruntung dibandingkan dengan ada yang tak boleh nak beraya dengan siapapun dan tanpa ketupat dan rendang...alhamdulillah...


esok dah nak mula kuliah...dah lama cuti. asgnment kena siapkan le ...
mak dan ayah, doakan ani. pe pun cubaan yang datang. Tu adalah kerana Allah sayang kat mak dan ayah..ok...miss u all very much..

Tiada ulasan: