Rabu, 15 Ogos 2007

Pendahuluan


Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak.
Masyarakat Quraisy pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan
untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang,
beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut
tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis
yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada
sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan
Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda
Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak
sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Tiada ulasan: