Selasa, 31 Julai 2007

di sini segala ilmu agama ditimba...






Almarhum Dato' Ustaz Hj. Fadzil Bin Mohd Nor “Adalah menjadi harapan saya agar Muassasah Darul Ulum yang sama-sama kita asaskan ini akan dapat melahirkan ulamak yang mampu mendokong dan melaksanakan Islam sebagai cara hidup, melahirkan intelektual Islam yang berkemampuan dalam berbagai bidang kehidupan dan mampu menangani permasalahan ummah dan negara”




Sejarah Penubuhan
Merupakan Pusat Pengajian Tinggi Islam tajaan PAS yang pertama di Kedah Darul Aman. Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh YB Al-Fadhil Ustaz Dato Haji Fadhil b. Mohd Nor, Presiden PAS.Bagi memenuhi aspirasi umat Islam di tanahair yang inginkan sebuah Pusat pengajian Islam yang unggul ke arah menjana ilmu Islam secara menyeluruh kepada masyarakat.




Matlamat
Memperkembangkan pengajian Islam bersumberkan kitab-kitab turath (penulisan ulamak terdahulu) dan muasarah (penulisan ulamak terkini) kepada masyarakat.
Melahirkan individu ulama amilin yang faqih dan mahir dalam memimpin ummah pada masa hadapan.




Objektif
Menjadikan KIDU sebuah institusi pendidikan Islam yang unggul dalam memperkembangkan Ilmu Islam.
Melahirkan graduan (ulama’) yang fakih serta mampu memimpin ummah.
Menjadi institusi pendidikan ummah yang menjadi rujukan masyarakat
Membantu golongan yang tidak berkemampuan (kewangan) dalam melanjutkan pengajian Islam ke tahap yang lebih tinggi

Tiada ulasan: