Selasa, 31 Julai 2007

CintaMu Yang Lebih Utama


Perlahan –lahan Asma masuk ke
kawasan rumahnya ikut pintu belakang. Perlahan dia membuka pintu dapur. Dia
berjingkat-jingkat menuju ke biliknya. “ Asma!”Ups! Suara Mama! “ Asma ni dah
keterlaluan! Kenapa Asma pakai tudung lagi! Ha, Kenapa? Asma tak serik lagi dah
kena dengan mama semalam. Berani Asma membantah cakap mama! Mama kandung Asma
sendiri! Dasar anak derhaka!!!”, pekik mama sambil memukul- mukul aku dengan
tangannya. Tangannya yang satu lagi menarik dengan kuat tudung yang dipakai
Asama. “ Mama…sakit…Astaghfirullah…”, seru Asma dengan lemah. Dagu dan lehernya
berdarah terkena goresan peniti yang dipakainya di tudung.
“ Mak Jaaaah! Mak
Jaaaaaah!!” “ Ya…Datin”, sahut Mak Jah pembantu rumah mereka.“ Bakar semua
tudung dan jubahnya! Anak degil”.Asma Tersentak! “ Mama, maaf, tapi mama tidak
ada hak melakukan semua itu, Semua itu hadiah darim kawan – kawan Asma”, rayu
Asma.“ Bakar semu Mak Jah! Jangan peduli apa yang dia kata!”“ Tapi…Datin”.“ Tak
ada tapi-tapi. Ikut arahan aku”. Marah mama.Langkah kaki mama kuat. Dia
mneghentak-hentak menuju ke bilik tidur Asma. Dengan kasar mama menarik-narik
pakaian di dalam amri puteri tunggalnya itu. Jubah, baju kurung, tudung, stoking
tangan dan kaki, semuanya mama ambil!“ Bakar ini semua Mak Jah!” jerit mama.“
Ja…jangan mama! Jangan….”.Mata Mak Jah nampak merah. Sebentar lagi air matanya
akan turun.“ Baik aku yang bakar sendiri! Tengking mama.Petang itu semua jubah,
baju kurung, tudung dan stokin kaki dan tangan Asma menjadi abu di halaman
hadapan rumahTiga bulan lalu, Asma dan kawan-kawannya mengikuti pengajian
bulanan yang diadakan oleh Ketua pemimpin Persatuan Agama Islam di sekolah
mereka. Waktu itu telah memberi kesan pada hati dan diri Asma dengan apa yang
disampaikan oleh Ustaz Naemi, guru agama mereka yang baru itu. Ustaz Naemi
banyak membahaskan soal dan masalah remaja Islam masa kini dan penyelesainnya.
Dan…tiba-tiba saja Asma merasakan semua itu menyindir dirinya. Begitu dalam. “
Konsep wanita solehah itu, Masya Allah…”, kata Ustaz Naemi. “ Mereka adalah
seorang wanita yang mampu menyelesaikan segala masalah, berdaya guna bagi
dirinya sendiri, bagi keluarganya, bagi masyarakat dan umatnya! Wanita yang
diredhai oleh Allah! Allah dan Rasulullah adalah kekasih sejatinya baginya”. Dan
…entah mengapa Asma terasa…, selama ini dia tidak berdayaguna untuk dirinya
sendiri. Apalagi untuk orang lain. Dia bukan larut dalam kebaikan, tetapi dalam
kesia-siaan! Malah untuk menjaga diri dari amarah juga dia tidak mampu…bukan
hanya tidak mampu, namun juga tidak pernah berusaha untuk itu!Dan ketika di
akhir pengajian Ustaz Naemi bertanya kepada semua, siapa yang mahu menajdi
lelaki soleh dan wanita solehah, serta merta Asma menjerit, “ Saya, Ustaz!
Doakan saya ye!”Hanya Asma seorang yang menjerit. Kemudia sepi. “ Aaamiiin,
terdengar suara Ustaz Naemi dari balik tabir surau, diikuti sahutan teman-teman
Asma lelaki dan juga perempuan. “ Saya betul-betul ni. Kamu jangan tak nak
percaya. Saya harap sangat kamu semua mendoakan saya! Tak baik tau ketawa pada
orang yang mahu bertaubat!”Kawan-kawan Asma ketawa seketika. “ Kamu ni macam tak
percaya saja dengan kata-kata saya? Kata Asma dengan nada sedih. “ Bukan tak
percaya, Cuma kami gembira sangat dengan keputusan kau ni. Mudah-mudahan kau
akan tetap teguh dengan keputusan ini”, balas Balqis teman sekelas Asma yang
baru dua bulan memakai tudung.Seminggu selepas itu Asma mantap mengenakan jubah.
Cantik sekali. Bukan hanya budak-budak sekolah terkejut, malah satu
kampung!Bayangkan…, Asma? Asma Diana Datuk Akmal Farouk, wakil sekolah dalam
pertandingan karaoke peringkat daerah dan negeri sekarang ini sudah memakai
tudung. Siapa yang tidak kenal dengan Asma, pelajar kesayangan guru-guru,
bintang di antara bintang di sekolahnya, selalu menjadi juara dalam pertandingan
badminton. Dan juga satu-satunya awek yang berjaya merebut hati Faizal, lelaki
idola ramai pelajar perempuan di sekolah mereka…? Asma…? Sekarang ini Asma
semakin mantap dan kuat semangat. . Dia tidak mahu hidayah yang datang daripada
Allah itu tercabut dalam hati dan sanubarinya. Hidayah itu kini semakin
mencengkam dalam dirinya. Dia tidak mahu lagi menunda sesuatu hal yang jelas
membawa kebaikan. Perintah Allah!“ Mama tak setuju kamu pakai pakaiaan seperti
orang kampung atau lebih namapak macam orang tua. Mama tidak dan tidak pernah
akan setuju dengan tindakan Asma ni!” kata mama, seminggu sebelum Asma membuat
keputusan untuk memakai tudung.“ Ma…Itu bukan pakaian seperti mana mama
maksudkan. Ini pakaian seorang muslimah”, jawab Asma lembut. “ Kamu cuba tengok,
ramai hajjah-hajjah tak pakai tudung, mamapun tak pakai…apa mereka tu bukan
muslimah? Mama ni juga bukan seorang Islam…!? “ Bukan macam tu maksud Asma.
Ma…Asma Cuma nak…”“ Mama tak peduli. Asma. Yang penting mama tak nak anak mama
kelihatan seperti seorang yang aneh. Apa kata orang, apa kata kawan-kawan mama
nanti bila melihat Asma tertutup macam tu”, kata mama lagi. Tapi kali ini lebih
lembut sambil membelai rambut Asma. “ Rambut Asma ni kan cantik…Asma kena sedar
semua tu.”“ Sebab Asma sedarlah mama, Asma bertindak macam tu…!” balas Asma.“
Dah, dah. Tak payah lagi kita cakap tentang itu. Bagi mama, yang penting kita
kena berbuat baik selama hidup di dunia ini. Itu yang penting. Tudung tu tak
pentuing. Buat apa kalau pakai tudung tapi hati busuk. Munafik namanya tu”.“
Tapi ma, bertudung tu perintah Allah. Kita sebagai seorang muslimah yang baik
perlu menyesuaikan diri dengan tudung kita”, jawab Asma. “ Sudahlah mama kata.
Mama nak pergi latihan aerobic ni. Nak ikut tak? Ramai kawan-kawan mama yang nak
jumpa dengan kamu. Sudahlah, jangan fikir sangat tentang tu”, mama mencium
kedua-dua pipi Asma dan berlalu pergi“ Mak Jah, kalau datuk balik suruh dia
makan dulu. Jangan tunggu saya. Mungkin saya balik lambnat”, pesan mama.Hari itu
juga, di meja makan Asma berbual-bual dengan papanya. “ Apa? Pakai tudung. Tak
payah! Asma kan anak papa…, kalau anak ustaz, lainlah cerita”, kata papa. “
Kalau Asma tetap nak pakai tudung juga macam mana, papa?”Papa terdiam seketika.
Dia memandang Asma dengan penuh tajam.“ Apa yang papa larang tu untuk kebaikan
Asma, sebab papa sayangkan Asma. Jangan nak malukan papa pula. Bagaimana dengan
masa depan Asma nanti. Nak kerja kat mana? Pondok? Nak kahwin dengan siapa?
Dengan ustza-ustaz pondok?”“ Silap tu pandangan papa, ramai muslimah yang pakai
tudung menjadi usahawan berjaya, berkahwin dengan doctor, malah dengan
arkitek…kan semua itu kerja Allah. Bagi Asma kalau jodoh Asma dengan guru pondok
sekalipun, Asma terima, papa. Apa yang penting bagi Asma dia boleh membawa Asma
ke syurga Allah…”“ Kamu cakap apa ni Asma? Papa tak suka dengar macam ni”, kata
papa sambil menepuk meja dengan kuat.Namun tekad Asma sudah kuat. Dia mesti
memakai tudung. Akhirnya dia pergi ke butik Busana muslimah dan membeli beberapa
helai pakaian, lengkap dengan tudung dan sarung kaki. Dia rela menghabiskan wang
perbelanjaannya untuk semua itu. “ Hari pertama memakai tudung, Asma datang
sekolah begitu awal. Balqis juga datang awal untuk membantu Asma memakai tudung.
Di rumah, cuma Mak Jah seorang saja yang tahu. Papa sudah dua hari ke Perak,
atas urusan kerja, mama pula belum lagi bangun tidur semasa aku keluar dari
rumah dengan memakai tudung. Ketika pulang dari sekolah, Asma akan mengindai
dari celah-celah rimbunan pokok pam di depan rumahnya untuk melihat sama ada
mama dan papa tidak ada di luar. Apabila sudah sampai hampir dengan halaman
rumah, baru Asam akan menanggalkan tudungnya dan memasukkanya di dalam beg.Lega.
Biasanya pada waktu Asma pulang dari sekolah, mama masih lagi berada di
pejabatnya. Seminggu Asma memakai tudung tanpa pengetahuan papa dan mamanya.“
Bagaimana dengan kursus tarian kamu tu Asma? Tanya mama suatu hari. “ Auntie
Zaleha Tanya kamu pada mama. Katanya dah hamper dua bulan kamu tak datang”.“ “
Asma nak berhenti sajalah”, jawab Asma tegas.“ Apa? “ Mama terkejut. “ Dulu kamu
yang paksa mama daftarkan!”“ Asma dah tingkatan lima, mama. Banyak kerja sekolah
sekarang ni”, lagipun tak lama lagi Asma akan menduduki peperiksaan SPM”,
elaknya. Namun, hari berikutnya, ketika Asma dengan selambanya masuk ke rumah
kerana melihat kereta mamanya tidak ada di halaman rumah…, Asma benar-benar
terkejut! Mama dengan mata tercegil seperti harimau mahu menbaham mangsanya
memandang Asma di sofa ruang tamu.“ Assalamualaikum”, sapa Asma. Mama diam. “
Kamu dari mana? Pengajian?”“ Dari sekolah, Ma”.“ Buka tudung kamu! Bukaaaa!!!
Sekarang dah pandai melawan cakap orang tua ye! Anak derhaka! Tak tahu hargai
kasih sayang! Tengking mama secara tiba-tiba. “ Mama, maafkan Asma, ma…, Asma
sayang mama, tapi Asma mesti mengikut perintah Allah…” air mata Asma mengalir. “
Kamu…ka…mu…”, mama memegang dadanya, lalu jatuh ke lantai. Mama pengsan.“ Mak
Jah! Mak Jaaaah! Mama, Mak Jaaaaaah! Jerit Asma dengan panik.“ Mama kamu kena
serangan jantung”, kata Doktor Ijan. “ Dia terkejut, Apa yangn mengejutkannya?’
Asma mengegelang, “ entahlah doctor, mungki mama terkejut lihat ini”, kaya Asma
sedih sambil memegang tudungnya. Doktor Ijan mengerutkan dahinya dan tersenyum.
“ Jaga mama kamu baik-baik”.Malam itu papa mengamuk dan menggunting du helai
tudungku yang tergantung di belakang pintu bilik. Suaranya keras! Asma nampak
sekali takut. Keesokan paginya sebelum mama dan papa bangun, Asma dsudah pergi
ke sekolah. Dengan deraian air mata, dia ceritakan semuanya kepada Balqis. “
Perlukah aku tanggal saja tudung ini Balqis, untuk selama-lamanya? Aku dah tak
tahan mendengar kata-kata anak derhaka dari mulut mama dan papa”, suara Asma
lemah. “ Istiqomah Asma. Kau perlu teguh! Sabar! Kuat!” pujuk Balqis untuk
menguatkan hatinya. “ Ini ujian dari Allah!” kata Balqis lagi sambil
menghulurkan sebuah bungkusan hadiah besar.” Tudung dan baju kurung dari
kawan-kawan…”Semalam papa memukul Asma. Perkara yang tidak pernah dilakukan oleh
papa terhadap Asma. Papa menampar Asma berkali-kali hanya kerana melihat dia
pulang petang tadi dengan memakai tudung. Waktu itu memang Asma baru sahaja
selesai mengikuti kelas agama di sekolahnya. Dia tidak menyangka papa pulang
awal petang itu. Malah papa juga telah menuangkan minyak tanah ke atas semua
tudung Asma. Asma hanya mmapu beristighfar berulang kali dan menangis. Mak Jah
juga menangis, mama Cuma memandang sambil mengurut-urut dadanya! Selesai solat
Maghrib , mama masuk ke dalam bilikku. Cuba untuk berbual-bual dengan Asma. “
Asma minta apa sahaja mama akan turuti, tapi janji jangan pakai tudung lagi
macam orang kampung tu! Apa saja! Mama dan papa bercadang nak hantar Asma ke
England. Kalau perlu esok juga mama belikan Asma kereta, supaya senang Asma nak
pergi ke sekolah dan jalan-jalan. Kan senang kalau Asma ada kereta sendiri. Tak
perlu susah-susah lagi naik bas sekolah. “ Asma tak perlu semua itu mama, Asma
cuma mahu ,mendekatkan diri dengan Allah SWT”, balas Asma pelahan. “ Yang
penting kita bertakwa, Asma”, kata mama. “ Tudung itu adalah realisasi takwa,
mama”.“ Buang tudung-tudung tu ye”, pujuk mama lagi. Asma cuma diam. Malam ini
Asma bangun dan solat malam. Dia berdoa agar Allah membuka hati mama dan papa,
dan semua orang Islam…agar mereka lapang menerima apa yang telah ditetapkan oleh
Allah…atau minimanya tidak menghalang mereka yang ingin melaksanakan ketetapan
daripada Allah. Dan hari ini semuanya telah dibakar oleh mama. Mama tidak mahu
lagi aku memakai busana muslimah itu.“ Ikut sajalah apa yang mama dan papa
cakap. Redho Allah tu kan bersama dengan redho orang tua kita. Asma kan orang
Bandar, orang moden, sesuailah dengan apa yang datin dan datuk nakkan tu”, kata
Mak Jah.“ Kita hanya perlu taat kepada orang tua selagi mereka tidak menuruti
hawa nafsu dan tidak menentang Allah Swt, Mak Jah”,“ Ya, ya, Asma”. “ Itu kata
Al Quran Mak Jah. Asma tak nak Mak Jah juga menyokong pendapat mama dan papa”,
tegur Asma.“ Baiklah Asma. Badan kamu yang biru dan bengkak-bengkak tu biar Mak
Jah sapukan ubat ya”, minta Mak Jah.Asma mengangguk. Air matanya menitis ke
pipinya. Dia mengesat air mata itu dengan satu kekuatan.Keesokkan pagi badan
Asma tiba-tiba menggigil. Dia demam. Dan itu juga alasan yang baik untuk dia
tidak datang ke sekolah ( jubah dan tudungnya sudah habis dibakar ).Mama dan
papa tidak pergi ke mana-mana. Mereka menjaga Asma . Doktor Ijan datang dan
merawat Asma. Katanya Asma Cuma demam biasa. Petang itu Asma terdengar suara
Faizal di ruang tamu. Asma menjadi pelik. Kenapa pula Faizal datang? Kan ke dah
putus? Fakir Asma. Tiba-tiba saja Asma menjadi takut kalau-kalau mama dan papa
menyuruh Faizal melihat keadaan diriku yang terbaring di dalam bilik…atau dia
yang menyuruh Faizal datang ke sini! Jujur, Asma menjadi risau seketika…,
tapi…astaghfirullah, Asma istighfar. Seharusnya Asma tidak boleh berfikiran
seperti itu. “ Masuk saja ke dalam, biar Auntie temankan”, suruh mama. “ Tak
apalah Auntie, kirim salam saja pada Asma”.“ Salam sayang? “ kata mama.“Salam
Islam, Auntie, dengan lafaz assslamualaikum, salam jihad juga buat dirinya,
cepat sembuh! Saya balik dululah Auntie”.Asma ketawa di dalam bilik.
Alhamdulillah, ini beerti Faizal juga sudah mengikuti kelas agama di sekolah,
tapi yang pentingnya dia juga sudah banyak berubah. Tiba-tiba terdengar suara
gemerisik dari sebalik jendela…“ Ssst…, Asma…Asma…Sssst!”Asma membuka jendela
biliknya. Subhanallah Balqis dan Jameah! “ Jubah dan tudung ala kadar. Terima
kasih pada Faizal sebab membuatkan mama dan papa kamu sibuk! Jaga diri,
istiqomah!”.Asma tersenyum bangga. Bangga kerana mempunyai sahabat-sahabat yang
begitu setia. Dia bangun dari tempat tidurnya dan menyimpan dengan baik semua
pemberian kawan-kawannya itu.Asma masih demam. Tapi pagi-pagi lagi dia sudah
berangkat ke rumah Balqis dan ranmcangannya akan terus pergi ke sekolah. Mak Jah
yang tahu berada dalam ketakutan. “ Asma…, hati-hati. Mak Jah risau nanti datuk
dan datin tahu!” “ Doakan saja saya , Mak Jah. Petang nanti saya pulang. Saya ke
sekolah dulu”, kata Asma sambil mencium tangan Mak Jah. “ Hati-hati…perasaan Mak
Jah macam tak sedap saja ni”.Di sekolah, Asma disambut dengan penuh kegembiraan
oleh kawan-kawannya. Rindu, kata mereka. Padahal Asma baru tiga hari tidak
datang ke sekolah. Asma sempat menoleh kea rah Faizal. Faizal Cuma tunduk dan
diam ketika bertemu. Jam sudah menunjukkan pukul satu setengah petang, loceng
sekolah berbunyi. Asma baru sahaja selesai menyimpan peralatan-peralatan
sekolahnya. Tiba-tiba dia terpandang papa yang sudah siap mencejkak pinggang di
hadapan kelas. “ Balik!!!” “ Pa..Pa..”“ Mama menunggu kamu di kereta! Cepat!
Kata papa. Pelajar-pelajar lain cuma memandang .Dengan tenaga yang kuat, papa
menarik tangan Asma. Beberapa peralatan sekolahnya jatuh bertaburan. Tapi papa
tidak peduli…, papa terus menarik Asma…“ Pa…pa…!” “ Anak derhaka! Buat malu
orang tua saja! Derhaka!“ Pa…”, rayu Asma. Asma berasa malu dengan tindakan
papa. Semua pelajar menyaksikan kejadian itu. “ Buka tudung kamu! Buka! Semua
orang perlu tahu kamu mempunyai rambut yang cantik! Nanti mereka ingatkan kamu
tu botak! Buka!” tangan papa menarik kuat tudung Asma . Asma meronta-ronta“
Jangan pa…jangan! Jangaaaaaaaan !! Astaghfirullah!” Tapi papa tidak peduli!
Ditariknya tudung sma dengan kuat. Akhirnya tudung itu terlepas dari kepala
Asma! Dagu dan sebahagian lehernya luka lagi terkena tusukan peniti! Papa terus
mengheret Asma melewati koridor sekolah…“Sabar, datuk! Sabar!” kata Ustaz
Naemi.“ Asma anak baik, kebanggaan kami, jangan buat dia macam ni”.“ Awak jangan
masuk campur! Ini urusan keluarga!” kata papa kasar. “ Jom pulang papa kata!
Pulang!!“ Uncle…, “ suara Faizal. Sabar Uncle!”Asma menangis. Sekarang semua
orang melihatnya tanpa bertudung, juga Faizal! Tiba-tiba perasaan malu menebal
dalam dirinya dan hatinya! Astaghfiullah…! “ Kamu jangan masuk campur ,
Faizal!”“ Jangan buat Asma macam tu! Faizal melemparkan alas meja kepada Asma.
Asma cepat-cepat menutup bahagian kepalanya dengan alas meja itu. “ Kamu semua
sama saja!” kata papa. Asma tiba-tiba terlepas dari genggaman papa, segera
berlari melewati pintu gerbang sekolah. Ala smeja itu masih membungkus
kelpalanya! Asma masih terdengar suara Balqis, Jameah dan kawan-kawan yang lain
yang mneyuruhnya istiqomah…hatinya pedih…mama berjaya mengejari Asma dan dengan
paksa mama memasukkan Asma ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan pulang mama
tidak henti-henti mencubitnya, dan papa tidak henti-henti memarahainya. “ Kalau
mama tahu kamu pakai lagi tudung ke sekolah, mama akan datang ke sekolah kamu
tanpa memakai busana!kata mama. Asma tersentak seketika! “ Dan Asma jangan lagi
menjadi anak tunggal papa, kalau hanya untuk memalukan papa, papa tidak
keberatan untuk ambil anak angkat menggantikan kamu”, ugut papa.Hati Asma
seperti dihempap batu yang besar.Sampai di rumah, semua jubah dan tudung kembali
dibakar oleh mama dan papa tanpa ada yang luput.“ Mama dan papa buat semua ni
sebab sayangkan Asma”, kata papa akhirnya sambil mencium pipi Asma.“ Apalagi
Asma adalah satu-satunya puteri papa dan mama”, kata mama sambil membelai
rambutku. Asma cuma diam. Terkilan.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa Asma
sangat sayang mama dan papa…, tapi…apakah untuk membuktikan kecintaannya, dia
harus menanggalkan busana muslimahnya dan kembali seperti dulu? Ya Allah…, berat
benar cubaan Mu ini…? Rintih Asma. Selesai solat malam, Asma membungkus tiga
buah buku dengan rapi. Buku tentang kisah Mus’ab bin Umair, Muadz bin Jabal dan
Saad bin Abi Waqqas. Kisah tiga orang tokoh sahabat Nabi Muahmmad SAW yang
beriman dan menagnut agama Islam dengan mendapat tentangan yang pelbagai
daripada orang tua mereka. Asma mahu mama dan papa membacanya, agar mereka
meyedari bahawa nikmat beriman dan Islam itu tidak dapat ditukar dengan
apapun…Bahkan dengan dunia dan seisinya. Asma juga menulis surat untuk mama dan
papa. Menyatakan bahawa Asma sangat menyintai mereka, tetapi seperti firman
Allah dalam surah Taubah ayat 24, seperti juga yang disampaikan oleh Ustaz
Naemi, sesungguhnya Allah adalah cinta atas segala cinta. Dia perlu menurut
kepada orang tuanya sebatas dengan tidak melakukan maksiat. Sebatas dengan tidak
menghalanginya untuk beribadah kepada Allah. Tidak menghalangnya untuk bertudung
( AN NUR : 31 dan AL AHZAB : 59 ) Dan dia sedar bahawa cinta itu perlukan
pengorbanan. Begitulah hidup. Berulang kali juga Asma menegaskan bahawa dia
sangat cinta kepada papa dan mama…tetapi kecintaan kepada Allah itu sudah
selayaknya jauh lebih besar dan tidak terhingga. Dan dia berharap suatu ketika
mama dan papa sedar dan boleh menerima dia dan apa ada padanya. Selesai solat
subuh, Asma sibuk mengemas beberapa helai pakaian untuk bekal ala kadar. Dia kan
pergi untuk sementara. Entahlah ke mana? Mungkin ke rumah Balqis atau
Jameah…taua ke rumah ustaz Naemi dan isterinya…atau ke rumah bapa saudara. Wang
yang Asma ada tidak seberapa…, tapi untuk sebulan insya Allah cukup. Dia tidak
mahu menyusahkan ramai orang. Udara pagi ini sungguh dingin. Asma membuka
jendela kamarnya luas-luas. Dia mengenakan sweater, jubah dan pakaian sekolahnya
serta stoking kaki. Dia sudah tidak peduli dengan penampilannya kini. Dia harus
pergi. Ya, dia harus keluar melalui jendela. Kunci pintu rumah hanya ada pada
mama dan papa sahaja. Seketika Asma merenung di depan jendela kamar yang terbuka
luas itu. Haruskah dia pergi? Dia perlu tetap dengan bertudung! Mampuklah dia
terus bertudung dan berada di rumah ini? Rasanya dia tidak mamapu. Dia harus
pergi…ya walau sementara! Membawa hatinya yang luka. Ma, pa sayangAsma pergi
untuk sementara. Asma akan pulang selepas hati ma dan pa terbuka untuk
membenarkan Asma terus bertudung…Maafkan Asma, ya. Ya Allah…ampunilah kami agar
kami dan semua orang Islam selalu lapang dalam menerima apa yang KAU tetapkan
atau seminimanya tidak menghalang mereka untuk terus melaksanakan ketetapanMu.
Amin…Peluk cium,Anakanda Tercinta, Asma Diana.Hati Asma tersentuh. Dingin udara
pagi seolah menjadi tidak bererti. Tapi Asma tahu dia tidak sendiri.
Astaghfirullah…bismillah…diteruskannya langkah di tengah hujan pagi. Tabahkan
hatiku, ya Robbi….!!!

Tiada ulasan: